Sejuk di Hati

Ya Allah…
jangan biarkan hatiku menjadi kecil
jangan biarkan aku menjadi lupa akan syukurku
jadikanlah aku wanita biasa yang mempunyai banyak nikmat

Ya Allah …
tetapkanlah hati hamba teguh pada agama-Mu
karuniakanlah kepada hamba kesucian niat yang akan membawa hamba pada Kebajikan dan amal sholeh yang Engkau ridhoi

Ya Allah..
jika Engkau berkehendak aku untuk jatuh cinta
maka jatuhkanlah cintaku pada seseorang yang melabuhkan hatinya pada-Mu
semoga dengan itu bertambah-tambah cinta dan rinduku pada-Mu Ya Allah

aku bukan SITI AISYAH
yang mempunyai kesabaran luar biasa
aku bukan SITI KHADIJAH
yang memiliki kemewahan lagi dermawan
aku bukan RABIAH AL ADAWIYAH
yang hanya mencintai Rabb-nya sahaja
aku juga bukan SITI FATIMAH
yang hidup dengan kezuhudannya di sepanjang hayatnya
dan aku juga bukan SITI MASYITOH
yang mempunyai keteguhan iman seteguh karang

Tapi satu yang pasti aku akan berusaha agar dapat menjadi seperti mereka